Tuesday 24 June 2014

MITC, MELAKA....terima kasih...


Alhamdulillah...dengan izinNya..segalanya berjalan dengan lancar.

Kali ni jauh sikitlah Nrich merantau dalam melebarkan sayap untuk meluaskan pasaran...di Melaka. Cuma cabaran sedikit saja..tetapi alhamdullillah..rupanya cabaran yang diberikan adalah terbaik untuk Nrich.

Tak sangka ramai pengunjung yang datang ke MITC tempoh hari adalah dikalangan warga KL dan tidak kurangnya yang datang dari daerah Melaka juga. Apa pun..yang penting..mereka telah menjadi pelanggan Nrich.

Just nak sharing story dengan anda semua...semasa saya mencari dimanakah kedudukan gerai Nrich didalam bangunan MITC itu...ternampak nama syarikat yang besar bersebelahan dengan gerai kami rupanya. Saya sendiri pernah berkhidmat dengan syarikat tersebut..terdetik dalam hati..memang saya dan syarikat tersebut tidak boleh dipisahkan..tersenyum sendiri saya ketika itu.

Pada esoknya..kami berkenalan antara satu sama lain di gerai yang berdekatan..dan saya memperkenalkan diri saya dulu ex staff syarikat tersebut. Mereka terperanjat kerana saya mengambil keputusan berhenti dan menumpukan dalam bidang business..

Tapi saya penuh bangga dengan menyatakan saya mempunyai perniagaan sendiri. Bak kata sifu saya..."kita kene berani untuk kebaikan diri sendiri...redah je dengan bekalan ilmu yang ada"...
Saya tahu...saya diperhatikan semasa saya berada digerai jualan...kerana ada mata-mata yang melihat cara kami mempromosikan produk kami..ternyata..mereka mencari Nrich..terima kasih sifu...kerana memberi ilmu yang berharga buat saya.

Biar pun dimana kita melangkah untuk melebarkan sayap...yang penting kita kene berani...sentiasa bersedia dalam apa sebarang dugaan...yang penting sentiasa memohon yang terbaik dariNya sebelum memulakan sesuatu..

"apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat...adalah DOA"...so...sentiasalah fikir yang positif...supaya DOA kita nanti adalah yang terbaik...






Wednesday 28 May 2014

LANGKAH PERTAMA...

Akhirnya...kami bersepakat untuk bergabung tenaga dan kepakaran dalam bidang makanan sejuk beku supaya dikenali dalam pasaran Malaysia dan Asia.

Berkat menuntut ilmu di seminar swasta yang kami hadiri..kami telah nampak jalan untuk membina sebuah perniagaan yang sebelum ini cuma dalam perancangan. Betul orang kata...angan-angan itu pasti akan menjadi kenyataan. Yang penting...kita yakin kebolehan kita, kita yakin dengan KEPAKARAN yang kita ada, yakin dengan niat sebenar kita untuk MEMBANTU, yakin kita BERANI dalam menempuh dugaan...insyaallah pasti mimpi itu akan jadi sebuah IMPIAN dalam hidup kita.

Begitulah kami di N RICH FROZEN SNACKS..masih dalam peringkat awal mengatur langkah dalam dunia perniagaan untuk dikenali dimata DUNIA ...yang sebelum ini hanya perniagaan BIASA-BIASA saja...tapi insyaallah kami akan menjadikan perniagaan ini menjadi yang LEBIH LUAR BIASA.

Jarak bukanlah menjadi alasan untuk kami tidak bersatu...malah jarak lah yang menjadi kekuatan untuk kami bekerjasama dan berusaha yang lebih baik untuk memastikan N RICH FROZEN SNACKS berada dilandasan seperti yang dirancangkan.

Yang pastinya...N RICH FROZEN SNACKS kini telah pun ada pelanggan tetap dan sentiasa ada menerima permintaan pasaran..Alhamdullilah..